Persiapan Untuk Ujian Tulis / Temuduga SPA Brunei - 03
Persiapan Untuk Ujian Tulis / Temuduga SPA Brunei - 03 Entri ini adalah untuk teman - teman pencari kerja di negara brunei darussalam. Semoga Bermanfaat :) Contoh Soalan - soalan Pengetahuan Am Soalan: Apakah Jawatan yang disandang oleh KDYMM sultan Brunei? Jawapan: Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan. Soalan: Apakah terasul / gelaran Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ketika Menghadiri Majlis Konvekesyen? Jawapan: Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Soalan: Apakah Objektif Pembinaan Jambatan Sungai Kebun? Jawapan: 1. Untuk menghubungkan dua buah kawasan utama di negara ini iaitu Bandar Seri Begawan dan Mukim Lumapas...